Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rekod baru bagi peniup wisel itik paling ramai

Satu lagi rekod pula tercipta tetapi kali ini bukan bagi acara-acara Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2015 09:01PM Dikemas Kini : 11 Jun 2015 09:03PM

SINGAPURA: Satu lagi rekod pula tercipta tetapi kali ini bukan bagi acara-acara Sukan SEA.

Semasa perlawanan polo air lelaki antara Singapura dengan Malaysia siang tadi, sekitar 560 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Star Learners mencipta rekod baru - iaitu bilangan peniup wisel itik paling ramai di satu tempat.

Kesemuanya, 628 wisel berjaya ditiup para murid serta guru-guru mereka. Anjuran Star Learners, darmawisata itu melibatkan belanja sekitar $10,000.

Ia merangkumi harga tiket, kos pengangkutan, makanan serta wisel yang digunakan - dan usaha mereka itu tidak sia-sia.

Selain mereka sendiri berjaya mencipta rekod Singapura, pasukan polo air negara ini pula berjaya mengalahkan Malaysia, 19-4. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan