Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian relawan baru dilancar, himpunkan semua program kemasyarakatan HDB

Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong mengumumkan pelancaran rangkaian Rakan Estet Kejiranan Kita yang baru hari ini (27 Mei), di permulaan Minggu Masyarakat HDB 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangkaian relawan baru dilancar, himpunkan semua program kemasyarakatan HDB

Acara kemasyarakatan yang diadakan di Punggol.

Diterbitkan : 27 May 2017 09:00PM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:02PM

SINGAPURA: Satu rangkaian relawan baru ditubuhkan bagi membawa bersama program mengeratkan masyarakat HDB dan para relawan ke dalam satu rangkaian.

Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong mengumumkan pelancaran rangkaian Rakan Estet Kejiranan Kita yang baru hari ini (27 Mei), di permulaan Minggu Masyarakat HDB 2017.

Program-program yang ada sekarang seperti Program Duta Estet Kejiranan, Projek SPHERE, Projek Jiran Baik dan Tabung Wajah Peramah, Tempat Meriah akan disatukan di bawah tiga landasan baru di bawah rangkaian berkenaan, menurut kenyataan media HDB.

Tiga landasan baru itu - "Memupuk", "Mengaktifkan" dan "Memudahkan" - akan membolehkan para relawan memilih bagaimana mereka ingin menyumbang kepada masyarakat, tambah kenyataan itu.

Semasa pelancaran Minggu Masyarakat 2017, Encik Wong juga menyampaikan Anugerah Jiran Baik kepada para individu yang berusaha lebih dalam memperkayakan masyarakat mereka dengan tingkah laku yang menunjukkan rasa prihatin.

Minggu Masyarakat HDB berlangsung dari hari ini hingga 2 Jun di Dataran Punggol, berdekatan Stesen MRT Punggol dan Waterway Point. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan