Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian laluan basikal lebih luas di CBD sedang dirancangkan

Satu rangkaian basikal yang lebih luas di sekitar Kawasan Pusat Bandar (CBD) sedang dalam perancangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2017 11:15AM Dikemas Kini : 28 May 2017 10:21PM

SINGAPURA: Satu rangkaian basikal yang lebih luas di sekitar Kawasan Pusat Bandar (CBD) sedang dalam perancangan.

Perkara itu didedahkan oleh pihak berkuasa di perasmian laluan berbasikal Bencoolen Street, hari ini (28 Mei).

Dengan rangkaian baru itu, lebih banyak lorong kenderaan akan diubah menjadi laluan jalan kaki dan laluan yang boleh digunakan secara bersama oleh para pejalan kaki dan pengayuh basikal di Coleman Street dan Armenian Street yang akan menghubungkan para pengayuh basikal dengan kawasan-kawasan seperti Marina Bay dan Fort Canning Park.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) setiap lorong kenderaan di Coleman Street dan Waterloo Street akan dipulih guna. Lembaga Taman Negara (NParks) juga akan menjadikan sebahagian Armenian Street sebagai sebuah taman bandar.

Buat masa ini, tiada tarikh ditetapkan bila rangkaian basikal yang baru itu akan siap dibina dan LTA menyatakan ia akan membuka tender bagi reka bentuk dan pembinaan projek tersebut dalam masa beberapa bulan akan datang.

Menjelang 2030, pihak berkuasa merancang untuk menggandakan laluan basikal sejauh 240 kilometer yang disediakan sekarang dan menghubungkan estet-estet HDB dengan penghubung taman dan pusat bandar.

Rangkaian baru itu, yang kini meliputi laluan basikal sepanjang 9.3 kilometer di kawasan Marina Bay akan dihubungkan dengan kawasan timur Singapura melalui East Coast Park Ia juga akan dihubungkan dengan laluan basikal di Bencoolen Street bagi menjadikan kawasan itu lebih mesra basikal bagi para pengayuh basikal dan pejalan kaki.

Mulai 1 Jun ini, para penumpang juga boleh membawa basikal lipat serta alat mobiliti peribadi atau PMD ke dalam pengangkutan awam sepanjang hari. Ini menyusuli satu percubaan yang dijalankan selama enam bulan. Sekitar 30 hingga 35 penumpang membawa basikal sedemikian atau PMD ke dalam pengangkutan awam setiap hari semasa waktu sibuk di stesen-stesen seperti Jurong East, Bishan dan pusat pertukaran Serangoon.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan