Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Singapura di merata dunia turut berduka dengan pemergian Lee Kuan Yew

Sedang seluruh negara meratapi pemergian Encik Lee Kuan Yew, rakyat Singapura yang berada di luar negara juga tidak ketinggalan untuk menyampaikan ucap takziah mereka kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga mendiang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2015 10:23AM Dikemas Kini : 30 Mar 2015 10:40AM

SINGAPURA: Sedang seluruh negara meratapi pemergian Encik Lee Kuan Yew, rakyat Singapura yang berada di luar negara juga tidak ketinggalan untuk menyampaikan ucap takziah mereka kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga mendiang.

Kedutaan Singapura di London misalnya, menganjurkan satu upacara peringatan bagi mendiang Encik Lee Kuan Yew bagi para pelajar dan mahasiswa dari Majlis Pelajar Singapura dan Persatuan Singapura-United Kingdom.

Selain itu, 23 Kedutaan Singapura di merata dunia turut menyiarkan secara langsung Upacara Persemadian Negara bagi Perdana Menteri pertama Singapura itu untuk tontonan masyarakat Singapura.

Ini termasuk kedutaan di Bangkok, Beijing, Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Seoul, Shanghai, Tokyo dan Manila.

Masyarakat Singapura di Berlin, Jerman turut memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mendiang Encik Lee.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan