Rakyat S'pura perlu beri sokongan padu kepada atlit-atlit tempatan yang bertanding dalam Sukan SEA
Rakyat perlu memberikan sokongan padu kepada atlit-atlit tempatan yang bertanding dalam Sukan SEA pada Jun ini dan Sukan Para ASEAN pada Disember yang berlangsung di negara ini.
SINGAPURA: Rakyat perlu memberikan sokongan padu kepada atlit-atlit tempatan yang bertanding dalam Sukan SEA pada Jun ini dan Sukan Para ASEAN pada Disember yang berlangsung di negara ini.
Seruan itu dibuat oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Lawrence Wong dalam ucapannya di parlimen siang tadi.
Encik Wong juga rakyat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan datang menyaksikan acara-acara Sukan SEA.
Sekitar separuh daripada acara kejohanan serantau itu boleh disaksikan secara percuma.
Bagi yang dikenakan bayaran pula, harga tiketnya dipastikan dalam kemampuan ramai.
Bagaimanapun menurut Encik Wong warisan paling utama daripada penganjuran kejohanan itu di Singapura adalah ia mengukuhkan lagi budaya kesukanan di negara ini.
Sementara itu, peruntukan bagi Persatuan-persatuan Sukan Nasional akan ditambah 10% berbanding tahun sebelumnya.
Rancangan pembangunan atli-atlit remaja juga akan diperkukuh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.