Images
  • tandem skydving accident
    Van ambulans di kawasan Wilton di mana kedua-dua mangsa dijumpai. (Gambar:  Twitter/News.com.au)

Rakyat S'pura maut dalam nahas terjun udara dekat Sydney

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura maut dalam kemalangan terjun udara secara berdua di bahagian barat daya Sydney pada Sabtu (15 Jul).

Lelaki tersebut, yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun, melakukan sukan terjun udara dengan seorang jurulatih, yang berusia 60-an tahun, dengan syarikat Sydney Skydivers, menurut media Australia.

Pangkalan zon terjun Sydney Skydivers terletak di Picton Road, menurut The Sunday Telegraph.

Bagaimanapun, lelaki-lelaki itu, yang dipercayai maut disebabkan impak yang kuat, ditemui di laluan memandu sebuah rumah yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan tersebut, di Wilton Road.

"Beliau adalah seorang penerjun udara yang berpengalaman," kata pemilik Sydney Skydivers Phil Onis mengenai jurulatih itu kepada akhbar tersebut.

"Kami mahu masuk ke kawasan itu dan ingin tahu apa yang berlaku. Ini belum pernah terjadi sebelum ini," dedahnya.

Pemilik bersama hartanah, di mana para penerjun udara itu dijumpai, memberitahu The Telegraph, kedua-duanya jatuh di laluan memandunya.

Anak perempuannya yang berusia 7 tahun juga "berasa trauma" setelah melihat mereka.

- CNA/im

Top