Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura dinasihati supaya hindari Gunung Agung di Bali

Rakyat Singapura dinasihati supaya mengelakkan perjalanan ke Gunung Agung dan kawasan sekelilingnya disebabkan gunung berapi itu mungkin meletus.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura dinasihati supaya hindari Gunung Agung di Bali

Gambar fail Gunung Agung di Bali. (Gambar: BNPB)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 10:58AM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 11:01AM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihati supaya mengelakkan perjalanan ke Gunung Agung dan kawasan sekelilingnya disebabkan gunung berapi itu mungkin meletus.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu (22 Sep).

Nasihat ini dikeluarkan selepas pihak berkuasa Indonesia menaikkan tahap waspada ke tahap tertinggi. Ini bermakna bahawa letusan boleh berlaku. Ribuan penduduk sudah dipindahkan daripada kampung mereka yang terletak berhampiran dengan gunung tersebut.

Rakyat Singapura yang kini berada di Bali harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti, menurut MFA. Kementerian tersebut turut menasihatkan mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk menjaga keselamatan masing-masing, mengikuti berita tempatan dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, seperti bersiap sedia untuk berpindah dalam jangka yang singkat.

MFA juga menggalak rakyat Singapura yang melancong ke luar negara supaya membuat pendaftaran secara online, dan berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Mereka turut digalak supaya membeli insurans perjalanan dan perubatan yang menyeluruh, dan memahami syarat-syarat insurans, tambah MFA.

Sesiapa yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta atau Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar di:

Kedutaan Republik Singapura di Indonesia (Jakarta)
Jln H R Rasuna Said, Kuningan, Blok X/4, KAV No 2,
Kuningan, Jakarta Selatan 12950
Tel: + 62 (21) 2995 0400 atau +62 811 863 348 (24 jam)

Pejabat Petugas MFA (24 jam)
Tel: 6379 8800, 6379 8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan