Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura dinasihati supaya berwaspada semasa melancong di luar negara

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya mengikuti perkembangan dan menjaga keselamatan mereka selepas "pelbagai serangan dilancarkan terhadap kawasan-kawasan yang terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan" tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura dinasihati supaya berwaspada semasa melancong di luar negara

Terminal 3, Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 03:54PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 04:01PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya mengikuti perkembangan dan menjaga keselamatan mereka selepas "pelbagai serangan dilancarkan terhadap kawasan-kawasan yang terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan" tahun ini.

Dalam kenyataannya, MFA turut menarik perhatian bahawa beberapa serangan sudahpun dilancarkan di New York, Las Vegas, Barcelona, London dan Stockholm sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

MFA menasihati rakyat Singapura supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

- Beli insurans pelancongan yang menyeluruh dan pastikan anda faham tentang terma dan syarat perlindungan insurans anda.

- Lakukan eRegister dengan MFA (online atau melalui aplikasi MFA@SG).

- Sentiasa menjaga keselamatan diri, dan pastikan anda mengikuti perkembangan keselamatan tempatan.

- Patuhi undang-undang dan budaya serta adat resam negara yang anda kunjungi.

- Simpan pasport dan kad pengenalan anda secara berasingan agar tidak kehilangan kedua-dua dokumen penting ini.

- Jangan bawa terlalu banyak wang tunai atau barang berharga. Jangan tinggalkan barang-barang anda tanpa pengawasan.

- Pastikan anda tahu tentang peraturan jalan raya tempat yang anda kunjungi.

- Pastikan anda memahami peraturan jalan raya tempatan, anda dan penumpang anda mendapat perlindungan insurans.

- Berhati-hati apabila berada di perhimpunan besar-besaran dan jauhi tempat-tempat yang mengadakan tunjuk perasaan atau bantahan.

- Ikuti perkembangan berita tempatan dan patuhi arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan apabila berdepan dengan kecemasan.

- Hubungi keluarga dan teman anda di Singapura supaya mereka tahu anda selamat. Beritahu mereka tentang keadaan dan kegiatan anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan konsular ketika berada di luar negara, sila hubungi pejabat MFA di +65 6379 8800/ 8855 (talian hotline 24-jam) atau Perwakilan Luar Negara Singapura. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan