Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat rasa 'tersekat, marah' kerana tidak dapat undi dalam Pilihan Raya Presiden, dakwa Tan Cheng Bock

Dr Tan mengucapkan tahniah kepada Cik Halimah dan berkata beliau mengharapkan yang terbaik buat Cik Halimah tetapi menyifatkan kemenangan tanpa bertanding itu "mengecewakan".

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat rasa 'tersekat, marah' kerana tidak dapat undi dalam Pilihan Raya Presiden, dakwa Tan Cheng Bock

Gambar fail Dr Tan Cheng Bock. (Gambar: Melissa Zhu)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 10:51AM Dikemas Kini : 14 Sep 2017 10:53AM

SINGAPURA: Bakal Presiden baru Halimah Yacob akan menyandang "jawatan presiden paling kontroversi dalam sejarah Singapura", kata bekas calon presiden Tan Cheng Bock pada Rabu (13 Sep).

Cik Halimah menyerahkan kertas-kertas penamaan calonnya pagi semalam dan akan mengangkat sumpah sebagai Presiden kelapan Singapura hari ini.

Mantan Speaker Parlimen itu adalah satu-satunya calon yang layak bertanding untuk pilihan raya yang dikhaskan bagi masyarakat Melayu menyusuli pindaan terhadap Presiden Dipilih.

Dua lagi permohonan daripada individu yang meluahkan hasrat untuk bertanding, Encik Salleh Marican dan Encik Farid Khan, ditolak kerana tidak memenuhi kriteria bagi calon sektor privet iaitu menerajui syarikat yang mempunyai ekuiti pemegang saham sekurang-kurangnya S$500 juta.

Dalam satu catatan Facebook semalam, Dr Tan mengucapkan tahniah kepada Cik Halimah dan berkata beliau mengharapkan yang terbaik buat Cik Halimah tetapi menyifatkan kemenangan tanpa bertanding itu "mengecewakan".

Beliau menarik perhatian bahawa apabila Suruhanjaya Perlembagaan ditubuhkan untuk menyemak Presiden Dipilih menyarankan untuk menolak pilihan raya sedemikian dan kembali kepada presiden dilantik, Pemerintah menolak idea itu.

"Mereka menjelaskan bahawa ia penting untuk rakyat membuat 'pilihan yang popular dan mandat secara langsung' kepada Presiden mereka," jelas Dr Tan.

Bagi Pilihan Raya Presiden tahun ini, "semua orang tahu Cik Halimah akan memenanginya", kata beliau.

"Namun, kami masih menanti-nantikan untuk mengundi supaya Pemerintah tahu apa pendapat kami mengenai pilihan raya berkenaan," tambah Dr Tan.

"Orang ramai kini rasa tersekat dan marah. Ini kerana apabila anda mengambil hak mengundi kami, anda mengambil suara politik kami. Anda memberitahu kami bahawa pilihan kami tidak penting." 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan