Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat perlu tolak sebarang pandangan galak Islamofobia

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman menggesa rakyat Singapura menolak sebarang pandangan yang menggalak Islamofobia atau yang membabitkan agama-agama lain daripada bertapak di negara ini.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman menggesa rakyat Singapura menolak sebarang pandangan yang menggalak Islamofobia atau yang membabitkan agama-agama lain daripada bertapak di negara ini.

Singapura kata Dr Maliki tidak mampu berpecah belah disebabkan individu-individu yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang masyarakat Muslim.

Tambah beliau masyarakat Islam menolak sekerasnya-kerasnya sebarang bentuk pengganasan dan fahaman pelampau serta radikalisme.

Namun, beliau bimbang menyaksikan persepsi dan tanggapan orang terhadap masyarakat Muslim yang berbeza ekoran dua insiden penangkapan dikaitkan dengan radikalisme baru-baru ini.

Dr Maliki menceritakan bagaimana seorang pekerja Melayu dihalau dari kawasan rumah di mana beliau diminta memeriksa keadaan nyamuk di sana.

"Saya rasa seolah-olah beliau mengatakan kepada pekerja ini bahawa beliau merupakan atau mirip seorang pengganas dan tidak harus berada di situ. Saya rasa keadaan sedemikian menunjukkan ciri-ciri Islamofobia atau fobia Islam yang mungkin wujud di kalangan masyarakat Singapura ini.

"Ini adalah salah satu aspek yang harus kita tolak.Kita tidak boleh menerima Islamofobia. Seperti kita menolak radikalisme, kita menolak ekstremisme dan sebagainya. Kita harus memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tidak menerima ini," ujar beliau.

Dr Maliki menyampaikan habuan Hari Raya kepada penduduk yang memerlukan di kawasan undi beliau di Siglap.

Setiap bungkusan mengandungi barangan dapur bagi memastikan mereka juga dapat meraikan sama hari lebaran yang menjelang tiba.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan