Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rahayu: Pemerintah perlu ubah pendekatan beri bantuan

Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Rahayu Mahzam mengalu-alukan pelbagai usaha yang diperkenalkan dalam Belanjawan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2016 07:37PM Dikemas Kini : 05 Apr 2016 10:50PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Rahayu Mahzam mengalu-alukan pelbagai usaha yang diperkenalkan dalam Belanjawan tahun ini.

Berkata demikian di Parlimen hari ini (5 Apr), Cik Rahayu berpendapat terdapat keperluan untuk mengubah pendekatannya, melalui tiga teras utama.

Tiga teras itu ialah menyasarkan golongan muda, sokongan berterusan untuk keluarga dan memberi tumpuan kepada pembangunan modal sosial.

"Pemerintah sememangnya perlu membantu mereka yang perlukan bantuan.

"Namun, saya rasa amat penting juga untuk memupuk semangat dan sikap tanggungjawab untuk bantu diri sendiri dan membantu orang di sekeliling.

"Menteri Kewangan ada menyebut tentang semangat usaha-sama. Ini sejajar dengan laungan pemerintah mengajak rakyat Singapura sama-sama mencorak lembaran baru dalam kisah negara kita," kata Cik Rahayu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan