Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Putera Harry akan iftar bersama Muslim S'pura semasa di sini pada Jun

Putera Harry bagi Britain, akan menyertai majlis iftar apabila beliau melawat Singapura pada bulan Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Harry akan iftar bersama Muslim S'pura semasa di sini pada Jun

Putera Harry dari Britain. (Gambar fail: Kensington Palace/Twitter)

Diterbitkan : 19 May 2017 08:12PM Dikemas Kini : 19 May 2017 08:16PM

SINGAPURA: Putera Harry bagi Britain, akan menyertai majlis iftar apabila beliau melawat Singapura pada bulan Jun.

Demikian menurut Istana Kensington Palace pada hari Khamis (18 Mei).

Ia juga memberikan butiran lanjut tentang lawatan putera itu ke Singapura menerusi akaun Twitter Istana itu.

Putera Harry akan menghadiri majlis resepsi anjuran Kumpulan Bertindak AIDS atau Action for AIDS pada 4 Jun.

Beliau juga akan mengambil bahagian dalam Piala Polo Royal Sentebale Royal Salute, satu acara amal tahunan yang diadakan pada 5 Jun.

Sentebale adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan Putera Harry dan Putera Seeiso dari Lesotho pada tahun 2006 untuk menyokong kanak-kanak yang menghidap HIV di Afrika Selatan.

Beliau kemudian akan berlepas ke Sydney, untuk melancarkan Sukan Invictus keempat pada 7 Jun.

Kejohanan sukan antarabangsa itu bagi menyokong anggota tentera lelaki dan wanita yang cedera dan sakit. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan