Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat warisan kerjasama dengan Google sediakan lawatan maya

Sebuah pusat warisan di sini memanfaatkan ciri-ciri paparan jalan Google yang membolehkan para pengguna menyertai lawatan maya dengan menggunakan alat teknologi mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2016 06:01PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 10:23PM

SINGAPURA: Sebuah pusat warisan di sini memanfaatkan ciri-ciri paparan jalan Google yang membolehkan para pengguna menyertai lawatan maya dengan menggunakan alat teknologi mereka.

Pusat tersebut berharap wadah itu dapat memupuk minat generasi muda untuk mempelajari tentang sejarah mereka.

Mulai hari ini (22 Okt), anda boleh mempelajari tentang tokoh-tokoh terkenal dari keluarga Gan, atau bagaimana mereka memulakan perjalanan ke Singapura pada 1870s.

Semua itu boleh dilakukan tanpa perlu menjejaki Pusat Warisan Gan di kawasan tengah Singapura, hasil lawatan maya yang disediakan.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, yang juga Penasihat Kehormat kepada Keluarga Gan Singapura, berada di acara pelancaran hari ini untuk menyampaikan biasiswa.

Kerjasama antara pusat tersebut dan Google mengambil masa sembilan bulan untuk menjadi kenyataan. Ia bertujuan menggalak warga muda supaya mempelajari tentang latar belakang keluarga mereka.

Bagi pusat tersebut, satu cabaran yang dihadapinya adalah menarik orang muda sebagai ahli anggota. Kini mereka mempunyai 700 ahli, dengan kurang daripada 100 berumur bawah 21 tahun.

Pusat itu menganggarkan seramai 3,000 orang mempunyai Gan sebagai nama keluarga di Singapura.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan