Images
  • s iswaran
    Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran. (Gambar fail: TODAY)

Pusat sumber Tech Depot bantu SME tingkat operasi perniagaan, manfaat huraian teknologi

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini mempunyai sebuah pusat sumber untuk membantu meningkatkan operasi perniagaan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran menyatakan demikian semasa menghadiri konvensyen bagi SME itu siang tadi (20 Apr).

Pusat sumber "Tech Depot" itu membolehkan SME memanfaatkan huraian teknologi dalam bidang-bidang seperti data analitik dan daftar barangan.

Wadah tersebut boleh didapatkan di portal SME yang dikendalikan agensi SPRING Singapore.

Buat masa ini, ada lebih 30 huraian disediakan tetapi akan ditambah pada masa depan.

Ia merupakan sebahagian daya usaha pemerintah untuk membantu SME meningkatkan inovasi dan menjadi lebih produktif.

- CNA/im

Top
>