Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat selepas sekolah dilancar bagi belia berisiko di Sekolah NorthLight hari ini

Persatuan Kanak-Kanak Singapura secara rasmi melancarkan pusat selepas sekolah yang ke-28 untuk golongan belia berisiko di Sekolah NorthLight hari ini (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2017 08:15PM Dikemas Kini : 22 Sep 2017 09:41PM

SINGAPURA: Persatuan Kanak-Kanak Singapura secara rasmi melancarkan pusat selepas sekolah yang ke-28 untuk golongan belia berisiko di Sekolah NorthLight hari ini (22 Sep).

Inisiatif yang dipanggil Projek CABIN, dijalankan di sekolah-sekolah menengah untuk melibatkan golongan belia dalam kegiatan rekreasi dan pengayaan.

Meja permainan pool, mesin Xbox dan permainan arked adalah antara permainan yang ditempatkan di sekolah itu untuk menarik para pelajar supaya melakukan lawatan ke pusat tersebut.

Dengan ini, para kakitangan seperti kaunselor dan pekerja sosial dapat mengenali para belia dengan lebih baik, sekaligus menangani keperluan sosio-emosi mereka.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam yang juga tetamu terhormat majlis tersebut berkata sekolah tersebut sudah melakukan sesuatu di luar jangkaan dari apa yang sepatutnya.

Sekolah NorthLight ditubuhkan pada tahun 2007 dan merupakan sekolah khusus untuk golongan pelajar yang kurang cenderung terhadap akademik. 

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan