Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUB denda 14 kontraktor kerana kesalahan yang jejas sistem saliran awam

14 kontraktor - termasuk syarikat yang bertanggungjawab ke atas insiden banjir di Upper Thomson pada Disember 2016 - didenda agensi air PUB atas pelbagai kesalahan berhubungan sistem saliran.

Anggaran Waktu Membaca:
PUB denda 14 kontraktor kerana kesalahan yang jejas sistem saliran awam

Banjir kilat di Upper Thomson pada 24 Dis. (Gambar: Tiffany Cheng)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 06:49PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 06:51PM

SINGAPURA: 14 kontraktor - termasuk syarikat yang bertanggungjawab ke atas insiden banjir di Upper Thomson pada Disember 2016 - didenda agensi air PUB atas pelbagai kesalahan berhubungan sistem saliran.

Menurut kenyataan PUB hari ini (7 Dis), Sato Kogyo didenda S$14,000, iaitu jumlah terbesar dalam kalangan syarikat yang didenda.

Syarikat tersebut didapati mengubah sistem saliran awam di serata Upper Thomson Road (berdekatan Lorong Mega) tanpa izin PUB. Ia juga membina longkang sementara di Jalan Keli bertentangan Thomson Plaza tanpa memberitahu agensi air itu.

Tindakan-tindakan ini menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut yang berlaku pada 24 Disember 2016 sehingga sesetengah perniagaan mengalami kerugian ribuan dolar akibat banjir setinggi paras lutut.

Selain 14 kontraktor itu, PUB juga mengambil tindakan terhadap dua Individu Bertauliah (QP). Mereka ditugaskan sebagai arkitek berdaftar atau jurutera profesional yang bertanggungjawab untuk memilih bahan dan produk yang memenuhi syarat-syarat projek bangunan.

"Dengan banyak projek yang dijalankan berdekatan atau bersebelahan sistem saliran awam, penting bagi para kontraktor untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dijalankan tidak menjejas sistem itu. Longkang-longkang harus dipastikan dapat menyalurkan air terutama sekali apabila waktu hujan agar dapat mengurangkan risiko banjir," kata Encik Ridzuan Ismail, Pengarah Tadahan dan Jalan Air PUB.

Antara kontraktor lain yang didenda adalah Choon Hoe Construction, Boon Tian Contractor, Tiong Seng Contractor and Whoh Hup, Hup Seng Lee dan Woh Hup. Masing-masing didenda S$3,000.

Menurut kenyataan PUB, tujuh syarikat didenda antara S$2,000 dan S$4,000 kerana menghalang sistem saliran tanpa meminta izin.

Tujuh syarikat itu adalah Shimizu Corporation, Ssangyong–Hyundai Joint Venture, Tiong Seng–Dongah Joint Venture, KH Foges, Chye Joo Construction, Lum Chang Building Contractors dan Evan Lim.

KJS Construction merupakan kontraktor ke-14, yang gagal untuk membuang sebuah struktur tambahan dalam longkang selepas projek binaan di poliklinik Singhealth selesai dijalankan. Ia didenda S$1,500 kerana tidak menjalankan kerja-kerja sesuai dengan tata amalan yang ditetapkan.

Para kontraktor harus mendapat kelulusan PUB sebelum menjalankan sebarang kerja-kerja yang akan menjejas sistem saliran awam.

Pengubahan yang belum diluluskan boleh menjejas keberkesanan sistem tersebut, seperti longkang, terusan dan sungai yang saling hubung.

Mereka yang melakukan kesalahan sedemikian boleh didenda sehingga S$50,000 bagi kerja-kerja yang menjejas sistem saliran awam, dan sehingga S$20,000 bagi pengubahan tidak sah.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan