Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek Ekspedisi NYC-Belia ke rantau ini diperluas

Golongan belia yang ingin membantu masyarakat di rantau ini dalam bidang-bidang khusus - seperti teknologi, keusahawanan dan sekitaran akan mempunyai wadah lebih luas untuk berbuat demikian di bawah Projek Ekspedisi Belia (YEP) Majlis Belia Kebangsaan yang dipertingkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Projek Ekspedisi NYC-Belia ke rantau ini diperluas

Para belia yang menyertai program YEP. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 02:47PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 02:50PM

SINGAPURA: Golongan belia yang ingin membantu masyarakat di rantau ini dalam bidang-bidang khusus - seperti teknologi, keusahawanan dan sekitaran akan mempunyai wadah lebih luas untuk berbuat demikian di bawah Projek Ekspedisi Belia (YEP) Majlis Belia Kebangsaan yang dipertingkat.

Sekitar 6,000 belia berusia 15 hingga 35 tahun berpeluang menyertai ekspedisi bantu masyarakat Asia di bawah YEP, meningkat daripada 4,000 sekarang.

Program relawan utama di bawah NYC itu, dimulakan pada tahun 2000 untuk melahirkan belia tahan lasak melalui pengalaman berkhidmat di seberang laut.

Ia menawarkan para peserta peluang mengembara ke destinasi-dstinasi yang bukan biasa ditawarkan di bawah "khidmat masyarakat" agar mereka mempunyai pandangan dunia yang lebih luas, menurut ketua eksekutif NYC David Chua, 42 tahun.

YEP yang dirombak itu juga mungkin mengambil bentuk kem IT bagi para pelajar di negara lain atau membantu syarikat-syarikat pemula dalam perusahaan yang diceburi peserta, jelasnya.

Ia bertujuan menggalak kumpulan belia yang lebih besar dengan pelbagai kekuatan dan minat berlainan untuk turut serta dalam program tersebut.

Sebahagian pengalaman ini juga melibatkan kerjasama dengan anak-anak muda di bandar-bandar di Asia Tenggara.

"Kami melihat bertambahnya golongan muda yang dinamik di seluruh rantau ini dan kami mahu anak-anak muda kita untuk mempelajari semangat keusahawanan dan terus maju, seperti jiran-jiran mereka ... jadi kami berharap dapat meningkatkan hubungan antara golongan belia," kata Encik Chua." Dengan itu, para belia di sini boleh menetapkan tanda aras diri dan merangsang diri mereka sendiri. "

Dengan pembangunan sosio-ekonomi di Asia - seperti inisiatif One Belt, One Road di China - terdapat peluang yang baik bagi golongan muda, tambah Encik Chua.

Para peserta yang menyertai YEP harus mempunyai semangat untuk belajar.

"Adakah anda pergi ke sana untuk menjadi penyelamat atau menjadi seorang wira? Atau adakah anda akan mendengar dan mempelajari yang benar, maka lihat bagaimana anda boleh membantu membuat perbezaan? "kata Encik Chua lagi.

Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung merupakan tetamu terhormat di pelancaran pameran foto yang diambil peserta YEP, yang diadakan di Muzium Negara semalam. Beliau menggesa penganjur YEP dan peserta untuk memastikan objektif mereka "tulen"

"Pastikan pembelajaran anda seperti biasa (menyertai YEP) tidak memberi anda kredit pelajar ... Tidak semua perkara yang kita lakukan perlu ada hasil ketara. Kadang-kadang ia adalah untuk pembelajaran kita sendiri," kata Encik Ong, semasa berucap kepada wakil-wakil dari institut pengajian tinggi.

Sekitar 30,000 belia sudah mengambil bahagian dalam YEP sejak ia dilancarkan pada tahun 2000, dan ini merupakan peningkatan paling besar. Cik Eng Yiwen, 29 tahun yang pernah menyertai projek itu sebagai peserta sebelum mengetuai dua YEP lain, menggesa bakal peserta untuk terus membuka minda mereka dan tidak hanya "tertumpu pada niat hendak mengubah dunia".

"YEP membantu kita mengenali diri kita sendiri dan melihat bagaimana kita boleh menyumbang kepada masyarakat kita di sini. Lagi pun kerja-kerja suka rela bermula di depan pintu kita sendiri," katanya itu. 

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan