Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program yang sepadukan pelbagai skim bantuan dilancar di Tampines

Sebuah program dilancarkan di Tampines West bagi memadankan khidmat sokongan kepada para penerimanya dengan lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Program yang sepadukan pelbagai skim bantuan dilancar di Tampines

MOU dimeterai bagi Program Penjagaan Bersepadu Timur Laut.

Diterbitkan : 18 Mar 2017 06:41PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 10:07PM

SINGAPURA: Sebuah program dilancarkan di Tampines West bagi memadankan khidmat sokongan kepada para penerimanya dengan lebih baik.

Ia akan dilakukan dengan menyepadukan pelbagai skim bantuan untuk menyokong kanak-kanak berisiko di sekolah-sekolah rendah.

Program Penjagaan Bersepadu Timur Laut itu melibatkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Timur Laut dan rakan-rakan kongsi seperti Khidmat Penjagaan Pelajar dan Persatuan Pengakap Singapura.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman bagi program itu.

Di bawah program tersebut, guru-guru, kaunselor sekolah dan para sukarelawan akan dilatih untuk mengenal pasti murid-murid yang berisiko.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga sudah melatih 250 guru dari tiga sekolah rendah, East View, Junyuan dan Tampines.

Para pekerja sosial dari Khidmat Penjagaan Pelajar kemudian akan memasukkan butiran murid-murid yang berisiko itu ke dalam satu sistem online bagi menganalisa serta memadankan keperluan mereka dengan skim-skim sokongan atau program-program yang sesuai.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan