Images
  • warga tua e learning

Program pembelajaran secara online khas buat warga tua

SINGAPURA: Satu program pembelajaran menerusi online atau "e-learning" yang dihasilkan oleh warga emas, buat warga emas.

Wadah tersebut diumumkan oleh Menteri Negara Dr Koh Poh Koon di Upacara Pembukaan Bulan Sukarelawan Warga Emas Kebangsaan hari ini (27 Ogos).

Beliau berkata pandangan kita terhadap warga tua harus berubah memandangkan bilangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas dijangka akan mencecah hampir sejuta orang menjelang 2030.

Pesanan beliau memperkukuh rancangan RSVP Singapore, sebuah pertubuhan kebajikan, untuk membangun tenaga relawan warga emas.

Dan sebahagian daripada usaha tersebut adalah program "e-learning" bagi menggalak para relawan warga emas untuk belajar menerusi penggunaan teknologi.

Dua relawan warga emas menghasilkan program tersebut yang boleh digunakan di tablet.

Sekitar 30 orang mendaftar diri bagi program "e-learning" pada hari pelancarannya. 

- BERITAMediacorp/ru

Top