Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture diperluas ke 60 program

Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture (ELP) akan diperluaskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2017 09:09PM Dikemas Kini : 30 Mar 2017 01:59AM

SINGAPURA: Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture (ELP) akan diperluaskan.

Ini termasuk menambah jumlah program yang sedia ada daripada 40 kepada 60 tahun ini antaranya dalam khidmat bangunan, sumber manusia, teknologi perubatan dan sukan.

SkillsFuture juga berharap dapat menggandakan jumlah peserta dalam program itu kepada 1,000 orang.

Salah sebuah syarikat yang mengambil bahagian dalam program itu ialah PSA.

Ia menerima kunjungan Menteri Pendidikan Ong Ye Kung siang tadi (29 Mac).

Bercakap kepada para peserta program itu serta pekerja PSA, Encik Ong berkata sedang format kerja sambil belajar dianggap satu tukikan,ia harus diluaskan dari segi skop serta penglibatan lebih ramai orang.

Justeru, mulai tahun ini, lebih banyak lulusan politeknik dan ITE akan berpeluang bekerja dan mendapatkan kelayakan ELP.

Mereka juga boleh memohon untuk mengikuti program itu sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan sehingga tiga tahun selepas tamat NS atau tamat sekolah.

Sebelum ini, mereka hanya boleh memohon selepas tamat menjalani NS dan tidak melebihi tempoh setahun selepas tamat sekolah.

SkillsFuture juga sedang meneroka peluang untuk para peserta ELP mengambil beberapa modul di universiti-universiti Singapura dengan harapan mereka akhirnya akan dapat meraih segulung ijazah.

Contohnya, Politeknik Temasek sudahpun mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan Universiti Sains Sosial Singapura dan Institut Teknologi Singapura.  

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan