Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program bantu PMET, karyawan pertengahan kerjaya ceburi sektor pengilangan dilancar

Dua program diperkenalkan hari ini (27 Apr) bagi membantu para karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan karyawan pertengahan kerjaya menceburi sektor pengilangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Program bantu PMET, karyawan pertengahan kerjaya ceburi sektor pengilangan dilancar

Para pekerja di sebuah kemudahan pengilangan Singapura. (Gambar fail: TODAY)

SINGAPURA: Dua program diperkenalkan hari ini (27 Apr) bagi membantu para karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan karyawan pertengahan kerjaya menceburi sektor pengilangan.

Program-program itu - satu bagi menyediakan nasihat kepada mereka yang ingin menyertai sektor pengilangan dan satu lagi untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan - dilancarkan oleh Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say di satu acara anjuran Agensi Tenaga Kerja Singapura dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).

Para pemohon kerja boleh memanfaatkan Program Penasihat SkillsFuture bagi Pengilangan, di mana bekalan karyawan industri akan bertindak sebagai penasihat kerjaya untuk membantu mereka melakar laluan kerjaya mereka.

Sejauh ini, 75 pemimpin dan anggota mapan industri pengilangan meluangkan masa mereka secara suka rela untuk menjadi penasihat kerjaya.

Para penasihat kerjaya akan mengongsi pengetahuan tentang sektor pengilangan bagi membantu para pemohon kerja membuat pilihan kerjaya yang lebih baik dan mencatat kemajuan dalam kerjaya mereka, kata CEO e2i Gilbert Tan.

Bagi mereka yang ingin menajamkan kemahiran, lapan Program Penukaran Kerjaya baru meliputi bidang-bidang seperti kejuruteraan jitu dan peranan teknikal turut dilancarkan.

Program-program itu menyasarkan mereka yang ingin mendapatkan jawatan peringkat permulaan atau pertengahan dalam industri pengilangan.

Pemerintah menganggarkan lagi 6,000 pekerjaan akan diwujudkan dalam sektor pengilangan bagi tempoh lima tahun akan datang. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan