Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Prof Ying penyelidik pertama S'pura jadi zamil Akademi Pencipta AS

Profesor Jackie Ying, pengarah eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN), menjadi penyelidik berpangkalan di Singapura yang pertama dinamakan sebagai zamil Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat (NAI) yang berprestij.

Anggaran Waktu Membaca:
Prof Ying penyelidik pertama S'pura jadi zamil Akademi Pencipta AS

Profesor Jackie Ying, Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star. (Gambar: Facebook NUS Libraries)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 07:53PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 07:54PM

SINGAPURA: Profesor Jackie Ying, pengarah eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN), menjadi penyelidik berpangkalan di Singapura yang pertama dinamakan sebagai zamil Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat (NAI) yang berprestij.

Ini diumumkan oleh A*STAR dalam satu kenyataan hari ini (13 Dis).

Pengiktirafan NAI itu merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan kepada pencipta akademik yang mempamerkan semangat inovasi yang prolifik dalam mencipta atau menghasilkan ciptaan menyerlah yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas mutu kehidupan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Profesor Ying dipilih atas sumbangannya yang cemerlang kepada penemuan inovatif dan teknologi, paten dan pelesenan rekaan, kesan terhadap masyarakat serta sokongan dan peningkatan kepada daya inovasi, menurut A*STAR.

"Saya sangat berbesar hati dinamakan sebagai zamil Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat," kata Profesor Ying.

"Ini kerana saya belajar di kolej yang sama dengan Thomas Edison dan saya mahu menjadi seorang pencipta. Keupayaan membawa kesan kepada masyarakat menerusi kejayaan teknologi dan inovasi adalah aspek yang paling menarik dalam penyelidikan."

Prof Ying memegang lebih 180 paten asas dan permohonan paten dengan 32 daripadanya adalah lesen bagi syarikat-syarikat antarabangsa dan pemula bagi pelbagai bidang yang merangkumi perubatan nano, penghantaran ubat-ubatan, kejuruteraan sel dan tisu, implan perubatan, biopenderia, alat perubatan, diagnostik, pemeriksaan ubat-ubatan, katalisis dan bateri.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan