Presiden Tony Tan ucap tahniah kepada Presiden baru Timor-Leste
Presiden Tony Tan Keng Yam mengutuskan surat kepada Presiden baru Timor-Leste, Francisco Guterres Lú-Olo.
SINGAPURA: Presiden Tony Tan Keng Yam mengutuskan surat kepada Presiden baru Timor-Leste, Francisco Guterres Lú-Olo, bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau.
Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (22 Mei).
Dalam suratnya, Presiden Tan mengatakan hubungan dua hala Singapura dengan Timor-Leste semakin kukuh dan muhibah.
Ini dipacu lagi dengan perkongsian peringkat politik dan pegawai yang diadakan beberapa tahun kebelakangan ini.
Presiden Tan juga menambah bahawa beliau yakin Timor-Leste akan terus makmur di bawah kepimpinan Encik Francisco dan mengesahkan lagi sokongan berterusan Singapura atas usaha Timor-Leste dalam menjana kemampuan negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.