Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Tan: S'pura boleh belajar kebingkasan Poland, Republik Czech

Presiden Tan menamatkan lawatan negara tiga hari ke Poland, yang kemudian disusuli dengan lawatan negara empat hari ke Republik Czech, di mana beliau mengesahkan lagi kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dengan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Tan: S'pura boleh belajar kebingkasan Poland, Republik Czech

Presiden Tony Tan Keng Yam di Republik Czech. (Gambar: Facebook/Dr Tony Tan)

Diterbitkan : 27 May 2017 11:01PM Dikemas Kini : 27 May 2017 11:03PM

PRAGUE: Singapura boleh belajar daripada daya tahan Poland dan Republik Czech dalam mengharungi cabaran, termasuk perubahan ekonomi dan ancaman pengganasan, kata Presiden Tony Tan Keng Yam hari ini (27 Mei).

Bercakap kepada pihak media di akhir lawatan negara beliau ke kedua-dua negara, Presiden Tan berkata beliau "kagum" dengan daya tahan kedua-dua masyarakat.

Beliau menambah kedua-dua negara itu "berjaya menangani cabaran pada skala yang kita sendiri belum pernah mengalaminya. Mereka bukan saja dapat hidup dengan makmur bahkan dengan sungguh cemerlang."

Merujuk kepada Poland dalam Perang Dunia Kedua, Presiden Tan berkata "semuanya hampir musnah", tetapi mereka "berjaya membangunkan semula semuanya secara sistematik", dan "ia sesuatu yang wajar diiktiraf".

Presiden Tan menamatkan lawatan negara tiga hari ke Poland, yang kemudian disusuli dengan lawatan negara empat hari ke Republik Czech, di mana beliau mengesahkan lagi kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dengan Singapura. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan