Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Perancis Francois Hollande bakal lakukan lawatan negara ke S'pura

Presiden Perancis Francois Hollande akan melakukan lawatan negara selama dua hari ke Singapura mulai esok (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Perancis Francois Hollande bakal lakukan lawatan negara ke S'pura

Gambar fail Presiden Perancis Francois Hollande. (Gambar: AFP/Stephane De Sakutin)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 09:46PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 09:49PM

SINGAPURA: Presiden Perancis Francois Hollande akan melakukan lawatan negara selama dua hari ke Singapura mulai esok (26 Mac).

Ini adalah lawatan negara pertama beliau ke Singapura dan ia sebagai membalas lawatan negara Presiden Tony Tan Keng Yam ke Perancis pada tahun 2015, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan media hari ini.

Satu majlis penuh istiadat akan diadakan bagi menyambut ketibaan Encik Hollande esok, disusuli pertemuan dengan Presiden Tan.

Dr Tan juga akan menganjurkan majlis jamuan malam rasmi bagi meraikan Presiden Hollande.

Pada Isnin (27 Mac), Encik Hollande akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong disusuli dengan jamuan makan tengah hari.

Encik Hollande juga akan menyampaikan Ceramah Singapura yang ke-40, bertajuk "Perancis dan Singapura, Rakan Strategik di Dunia yang Pesat Berubah".

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Ekonomi dan Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam akan menjadi moderator.

Selain itu, Encik Hollande, bersama dengan Menteri Penyelaras Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan, akan merasmikan satu usaha sama antara CMA CGM dan PSA bagi mengendalikan empat dermaga kontena besar di Terminal Pasir Panjang yang baru.

Encik Hollande juga akan menyampaikan ucapan pembukaan di Forum Inovasi Singapura-Perancis, yang dianjurkan bersama Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) dan Kedutaan Perancis di Singapura.

Beliau akan diiringi Menteri Pertahanan Perancis Jean-Yves Le Drian, Menteri Negara Pembangunan dan Penutur Bahasa Perancis Jean-Marie Le Guen, Menteri Negara Perusahaan, Sektor Digital dan Inovasi Christophe Sirugue, para pegawai kanan dan sebuah delegasi perniagaan, tambah MFA. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan