Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob bakal hadiri upacara persemadian mendiang raja Thai

Presiden Halimah Yacob akan mengadakan lawatan ke Bangkok dari 26 hingga 27 Oktober bagi menghadiri upacara persemadian mendiang Raja Thai Bhumibol Adulyadej, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob bakal hadiri upacara persemadian mendiang raja Thai

Presiden Halimah akan ditemani suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, dan beberapa pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 10:23PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 10:26PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan mengadakan lawatan ke Bangkok dari 26 hingga 27 Oktober bagi menghadiri upacara persemadian mendiang Raja Thai Bhumibol Adulyadej, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (17 Okt).

Ini adalah lawatan rasmi luar negara pertama bagi Puan Halimah selaku ketua negara Singapura.

Presiden Halimah akan ditemani oleh suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, dan beberapa pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA.

Raja Bhumibol meninggal dunia pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun. Ramai rakyat Thai turut berdukacita atas pemergiannya. Mayatnya disemadikan dalam upacara rasmi di dewan emas di Grand Palace di Bangkok dan persemadian diraja itu bakal berlangsung pada 26 Oktober di Sanam Luang.

Lebih 250,000 orang dijangka menghadiri upacara persemadian itu.

Semasa ketiadaan Presiden Halimah, Encik J Y Pillay, pengerusi Majlis Penasihat Presiden akan menyempurnakan tanggungjawab sebagai Presiden.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan