Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob adakan rumah terbuka pertama di Istana Ahad ini

Istana akan mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Deepavali pada Ahad (22 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob adakan rumah terbuka pertama di Istana Ahad ini

Gambar fail Istana. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 08:12PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 08:14PM

SINGAPURA: Istana akan mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Deepavali pada Ahad (22 Okt).

Ini juga pertama kali ia diadakan sejak Presiden Halimah Yacob menyandang jawatan tersebut bulan lalu.

Presiden Halimah mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden wanita pertama Singapura pada 14 September.

Pekarangan Istana akan dibuka kepada orang ramai pada Ahad dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang, bagi meraikan Deepavali, menurut pejabat Presiden dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Deepavali disambut esok oleh masyarakat Hindu (18 Okt).

Pelbagai program diatur bagi rumah terbuka tersebut termasuk persembahan muzik dan tarian, pertunjukan burung-burung oleh Wildlife Reserves Singapore, membentukkan belon dan lukisan inai.

Para pengunjung boleh mendaftar bagi jejak alam sekitar berpandu di Istana, yang akan mempamerkan kepelbagaian haiwan dan tumbuh-tumbuhan di sekitar Istana. Mereka juga boleh mengikuti lawatan berpandu di bangunan utama Istana, yang diterajui oleh para sukarelawan dari Lembaga Warisan Negara.

Orang ramai yang mahu meneroka pekarangan Istana sendiri juga boleh melakukan demikian dengan memanfaatkan aplikasi mudah alih Istana Garden Walk.

Galeri Warisan Istana di Istana Park, yang terletak bertentangan pagar utama Istana di Orchard Road, juga akan dibuka dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bagi lawatan interaktif berpandu di Galeri dan Istana Park, para pengunjung boleh memuat turun aplikasi mudah alih LocoMole.

Cenderahati Istana akan dijual semasa rumah terbuka itu dan hasil kutipan dari penjualan cenderahati dan semua yuran masuk yang dikumpulkan akan didermakan kepada badan amal, dedah Pejabat Presiden.

Yuran S$2 dan S$10 akan dikenakan bagi lawatan berpandu dan untuk memasuki bangunan utama Istana.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan