Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah kunjungi Agape Village, puji usaha sediakan jagaan menyeluruh

Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan ke Agape Village hari ini (22 Sep), yang merupakan sebuah hab perkhidmatan awam sehenti lagi bersepadu.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah kunjungi Agape Village, puji usaha sediakan jagaan menyeluruh

Penjaga domestik, Gemma dan Leonida, menunjukkan kepada Puan Halimah beberapa kemahiran yang mereka pelajari di pusat latihan itu. (Gambar: MCI/ Kenji Soon)

Diterbitkan : 22 Sep 2017 11:15PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 02:30AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan ke Agape Village hari ini (22 Sep), yang merupakan sebuah hab perkhidmatan awam sehenti lagi bersepadu.

Di Agape Village yang terletak di Toa Payoh itu, Puan Halimah berinteraksi dengan kakitangan, sukarelawan dan penerima habuan.

Mereka mewakili lebih 20 badan kebajikan dan pertubuhan perkhidmatan awam.

Dalam catatan beliau di Facebook, Puan Halimah berkata: "Terima kasih Agape Village dan Caritas Singapore atas usaha hebat dalam menyediakan jagaan menyeluruh dan terurus kepada mereka yang memerlukan".

Puan Halimah turut menyertai sebuah kelas latihan seni semasa lawatan tersebut, tulisnya dalam catatan berkenaan.

Agape Village adalah sebuah inisiatif Caritas Singapore, lanjutan sosial Gereja Katolik itu.

Ia juga menyediakan pelbagai bantuan seperti kaunseling, bantuan guaman dan latihan kemahiran di bawah satu bumbung.

(Gambar-gambar: MCI/ Kenji Soon)

Bantuan turut diberikan kepada mereka yang kurang upaya, pekerja asing dan mereka yang memerlukan - tanpa mengira kaum, agama dan kerakyatan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan