Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE motosikal catat rekod harga

Premium Sijil Hak Milik (COE) kenderaan kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2017 05:31PM Dikemas Kini : 30 Mar 2017 01:57AM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Milik (COE) kenderaan kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (29 Mac).

Premium motosikal ditutup pada harga S$8,081, satu rekod baru berbanding S$7,483 dalam bidaan terakhir.

Harga COE bagi kereta turut naik. Premium Kategori A - bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp - ditutup pada S$51,765, naik dari S$50,789 dalam bidaan terakhir.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B menampakkan peningkatan, yang ditutup pada S$54,000, naik dari S$53,300 bulan lalu.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta besar, ditutup pada S$54,501, naik dari S$53,001.

COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, harganya jatuh kepada S$47,036 berbanding S$49,002 dalam bidaan terakhir.

Sejumlah 6,529 bidaan diterima kali ini, dengan kuota COE sebanyak 4,471 diperuntukkan.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan