Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan hari ini (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

Gambar fail.

Diterbitkan : 19 Oct 2017 04:34PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 04:56PM

SINGAPURA: Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan hari ini (19 Okt).

Premium bagi kereta-kereta kecil (sehingga 1600CC dan 97KW) susut sebanyak 0.34 peratus kepada S$41,617.

Premium bagi kereta besar pula (1600CC atau 97KW ke atas) naik dari S$48,109 dalam bidaan sebelum ini kepada S$49,996.

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan muatan dan bas naik 6.11 peratus kepada S$51,890.

Bagi kategori motosikal pula, premiumnya jatuh dari S$5,010 kepada S$4,903 dalam bidaan terkini.

Akhir sekali, premium bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan, naik sebanyak 6.12 peratus kepada S$52,000.

SEKILAS PANDANG:

Kategori A (Kereta 1600CC ke bawah & 97KW): S$41,617 (turun dari S$41,761)

Kategori B (Kereta 1600CC ke atas atau 97KW): S$49,996 (naik dari S$48,109)

Kategori C (Kenderaan muatan dan bas): S$51,890 (naik dari S$48,902)

Kategori D (Motosikal): S$4,903 (turun dari S$5,010)

Kategori E (Kategori Terbuka): S$52,000 (naik dari S$49,000) 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan