Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Prasekolah terbaru PCF Sparkletots Kallang Trivista beri kanak-kanak peluang berinteraksi dengan warga emas

Kanak-kanak prasekolah dan keluarga di kawasan Kolam Ayer akan mendapat lebih banyak peluang untuk beramah mesra dengan warga emas di kawasan kejiranan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Prasekolah terbaru PCF Sparkletots Kallang Trivista beri kanak-kanak peluang berinteraksi dengan warga emas

Prasekolah Sparkle Tots yang terbaru di Kallang Trivista. (Gambar: Facebook/Singapore Xuan Wei Dragon & Lion Dance Troupe)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 09:21PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 09:24PM

SINGAPURA: Kanak-kanak prasekolah dan keluarga di kawasan Kolam Ayer akan mendapat lebih banyak peluang untuk beramah mesra dengan warga emas di kawasan kejiranan mereka.

Ini dilakukan dengan pembukaan prasekolah terbaru Sparkletots di Kallang Trivista yang dirasmikan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim yang juga AP GRC Jalan Besar.

Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP itu dibina untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan tajaka di estet perumahan baru berkenaan yang terletak bersebelahan sebuah pusat kegiatan warga tua.

Sparkletots akan menganjurkan kegiatan yang dapat merapatkan jalinan hubungan antara keluarga dan warga tua.

Ini termasuk sesi-sesi kaligrafi, senaman pagi dan projek-projek kraftangan serta keseniaan lainnya.

Daya usaha itu adalah sebahagian daripada program Cabaran Presiden di bawah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan berbudi di kalangan kanak-kanak.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan