Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal BERITAMediacorp melangkah masuk ke bilik darjah

Portal BERITAMediacorp kini melangkah masuk ke dalam bilik-bilik darjah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Portal BERITAMediacorp kini melangkah masuk ke dalam bilik-bilik darjah.

Sejak awal tahun ini, wadah berita interaktif itu sudah mula digunakan di beberapa sekolah rendah, menengah dan juga maktab rendah.

Contohnya, setiap hari, para pelajar di Sekolah Menengah Unity meluangkan kira-kira 10 minit di dalam kelas bahasa Melayu untuk membaca berita dalam dan luar negara.  Amalan itu memang sudah biasa diterapkan - cuma bezanya dari segi wadah yang digunakan.

GUNA PORTAL BERITA SEBAGAI SUMBER UTAMA BERITA

Sejak Januari lalu, beberapa sekolah rendah, menengah dan maktab rendah sudah mula menggunakan portal BERITAMediacorp sebagai sumber utama berita di dalam bilik darjah.

Padat dan mesra pengguna - para pelajar berkata portal itu memberi kemudahan mendapatkan berita, tidak kira di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Pelajar Sekolah Menengah Unity, Mu'az Mohd Yamin berkata: "Saya jarang membaca surat khabar kerana saya tidak ada masa untuk di rumah untuk baca surat khabar atau apa. Tetapi, aplikasi ini membuatnya sangat mudah untuk saya melihat berita dan mengetahui tentang dunia ini dalam masa lapang saya seperti dalam bas ke MRT."

Seorang lagi pelajar Sekolah Menengah Unity, Nurul Adilah Kamis pula berkata: "Semua ini penting bagi kita untuk menerima berita terkini dalam Bahasa Melayu dan mengenal pasti perkara-perkara yang berlaku bukan hanya di Singapura tetapi di rantauan."

BERITA DALAM BENTUK VISUAL DAN AUDIO

Selain berita dalam bentuk teks, portal BERITAMediacorp juga menawarkan berita dalam bentuk visual dan audio, selain pilihan lebih 10 program ehwal semasa.

Menurut seorang guru, ciri-cirinya yang lebih interaktif membantu dalam merangsang pelbagai deria pelajar, termasuk dalam pertuturan bahasa Melayu.

Guru Bahasa Melayu di sekolah itu, Norafizah Shariff, berkata: "Berita Mediacorp ini sebenarnya membantu kami dalam pengajaran kami terutama dari segi lisan, perbualan. Bagaimana hendak membaca seperti mana seorang wartawan dan sebagainya, dan kami juga menggunakan video seminit atau video beberapa minit yang ada di situ dalam pembelajaran kami."

SELARAS HALA TUJU PEMBELAJARAN

Ia juga dilihat selaras dengan hala tuju pembelajaran dalam abad ke-21.

Pengetua sekolah tersebut, Aini Maarof berkata: "Wadah yang interaktif ini dapat membantu memupuk kecekapan abad ke-21 yang menegaskan kepentingan kemahiran berkomunikasi dan juga kesedaran globalisasi dalam kalangan pelajar-pelajar, dan ini membantu guru-guru menyediakan pelajar-pelajar untuk menjadi orang yang yakin dan warga yang prihatin."

Malah Cik Aini yang juga ahli Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu (MLLPC), berkata penggunaan teknologi turut diberi tumpuan dalam pelbagai kegiatan bahasanya.

MLLPC juga katanya sedang meninjau bagaimana teknologi boleh digunakan dalam menilai keupayaan bahasa di kalangan para pelajar. Ini akan membolehkan para guru mengubahsuai kaedah serta kandungan penggajaran supaya lebih sesuai.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan