Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis tangkap penunggang e-skuter yang tumbuk lelaki 69 tahun

Polis memberkas seorang lelaki yang menumbuk lelaki berusia 69 tahun dalam satu pergaduhan di Hougang Avenue 7.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tangkap penunggang e-skuter yang tumbuk lelaki 69 tahun

Lelaki berusia 69 tahun ini dibawa ke Hospital Tan Tock Seng selepas didakwa diserang di Hougang Avenue 7. (Gambar: Facebook/ Hui Ying)

Diterbitkan : 28 May 2017 08:16AM Dikemas Kini : 28 May 2017 08:19AM

SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki yang menumbuk lelaki berusia 69 tahun dalam satu pergaduhan di Hougang Avenue 7 yang menyebabkan mangsa mengalami serangan jantung.

Mangsa diserang lelaki tersebut yang menunggang e-skuter sekitar 9.30 malam pada 18 Mei. Menyusuli serangan itu, anak perempuan mangsa membuat satu rayuan online bagi meminta bantuan mengenal pasti penyerang ayahnya.

Wanita itu yang dikenali sebagai pengguna Facebook Hui Ying berkata bahawa ibu bapanya menyeberang jalan apabila beg plastik yang dibawa ayahnya “secara tidak sengaja terkena topi keledar penunggang e-skuter berkenaan” sedang beliau cuba mengelak daripada penunggang itu.

“Penunggang itu berhenti dan menyerang ayah saya,” tulis beliau dan menambah bahawa penyerang menumbuk ayahnya di mata, kepala dan dada dan melemparkan kata-kata kesat.

Penyerang kemudian lari dari tempat kejadian dan seorang pejalan kaki cuba mengejarnya tetapi gagal di satu tempat berhampiran Paya Lebar”.

Mangsa dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan menyusuli insiden itu, beliau mengalami serangan jantung.

Menurut polis, para pegawai Divisyen Polis Ang Mo Kio menangkap suspek, seorang lelaki, 62 tahun, semalam. Dia akan didakwa esok dengan tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan peribadi orang lain.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan