Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat insiden gaduh antara 4 lelaki di Hotel Peninsula Excelsior

Polis menyatakan pihaknya sedang menyiasat kes melibatkan empat lelaki, yang dirakam sedang bergaduh di lobi Hotel Peninsula Excelsior di Coleman Street.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat insiden gaduh antara 4 lelaki di Hotel Peninsula Excelsior

Lelaki-lelaki itu dilihat menendang, menumbuk dan melontarkan perabot ke arah satu sama lain, sambil disaksikan pejalan kaki.

Diterbitkan : 07 Dec 2017 07:39AM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 07:43AM

SINGAPURA: Polis menyatakan pihaknya sedang menyiasat kes melibatkan empat lelaki, yang dirakam sedang bergaduh di lobi Hotel Peninsula Excelsior di Coleman Street.

Video tersebut, yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Keh Zui pada Isnin (4 Dis), menunjukkan lelaki-lelaki itu menendang, menumbuk dan melontarkan perabot ke arah satu sama lain, sambil disaksikan pejalan kaki.

Salah seorang daripada mereka mencampakkan kerusi manakala seorang lagi menggunakan meja kecil untuk memukul seorang lelaki lain.

Mereka juga memekik dalam dialek hokkien dan berkejar-kejaran di ruang lobi.

Setakat sehingga petang Rabu, video tersebut sudahpun dikongsikan lebih 2,200 kali dan ditonton lebih 296,000 kali.

Polis mengesahkan aduan sudahpun dibuat berhubung insiden berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Mediacorp sudah menghubungi hotel tersebut bagi mendapatkan komen.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan