Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis siasat 'bunyi kuat' di Sentosa Cove

Dalam satu catatan Facebook, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan kepada satu aduan "bunyi kuat" pada 6.40 petang dan para pegawai dan renjer dikerahkan ke tempat kejadian. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat 'bunyi kuat' di Sentosa Cove

Kawasan Sentosa Cove. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 22 May 2017 10:01PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:02PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat satu laporan tentang "bunyi kuat" yang terdengar di Sentosa Cove pada hari ini (22 Mei).

Dalam satu catatan Facebook, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan kepada satu aduan "bunyi kuat" pada 6.40 petang dan para pegawai dan renjer dikerahkan ke tempat kejadian.

Polis merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihaknya.

"Polis sedang menjalankan pemeriksaan di Sentosa Cove dan tiada perkara luar biasa dan kecederaan dilaporkan," menurut Pasukan Polis Singapura dalam akaun Facebook.

"Polis masih sedang mencari punca bunyi kuat itu."

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi Hotline Polis di 1800-225-0000.

Maklumat juga boleh disertakan online di www.police.gov.sg/iwitness atau app SGSecure. Semua maklumat akan dirahsiakan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan