Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis selamatkan amah tersangkut di tingkat 5 flat Bukit Panjang

Seorang pembantu rumah asing yang kelihatan tersangkut di sebuah susur di tingkat lima sebuah flat di Bukit Panjang pada pagi tadi (6 Dis) terpaksa ditarik ke dalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis selamatkan amah tersangkut di tingkat 5 flat Bukit Panjang

Petikan skrin video.

Diterbitkan : 06 Dec 2017 11:38PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 11:45PM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah asing yang kelihatan tersangkut di sebuah susur di tingkat lima sebuah flat di Bukit Panjang pada pagi tadi (6 Dis) terpaksa ditarik ke dalam.

Polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan pada sekitar 8.00 pagi mengenai kes seorang wanita berdiri di belebas tingkap di Block 241 Bukit Panjang Ring Road.

"Setibanya (di tempat kejadian) para pegawai polis dengan dua lagi orang awam menarik wanita berusia 24 tahun itu ke dalam," tambah polis.

Mediacorp difahamkan bahawa wanita itu dengan tidak sengaja terkunci dirinya dalam satu bilik di flat tersebut dan tidak boleh keluar untuk membuka pintu. Beliau memanjat keluar tingkap untuk memasuki flat berkenaan sekali lagi.

Dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial, wanita itu yang memakai seluar pendek dan kemeja-T putih kelihatan berdiri di belebas luar bilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Beliau tampak menolak langsir untuk mencapai sesuatu menerusi tingkap.

Pada ketika itu, seorang lagi wanita yang dipercayai ialah majikannya keluar daripada flat itu dan menjenguk keluar susur koridor.

Wanita itu kemudian memberi isyarat agar amah asing itu datang kepadanya.

Dengan kaki ayam, pembantu rumah itu berpaling daripada tingkap bilik tersebut dan bersahaja berjalan di belebas itu, mendekati majikannya sambil memegang kepada tembok dan tingkap.

Apabila beliau tiba di penghujung belebas, wanita itu cuba memanjat tembok supaya majikannya boleh menariknya ke dalam tetapi beliau terlepas langkah dan tergantung di susur koridor dengan kakinya terjuntai di udara.

Video tiga minit itu menunjukkan pembantu rumah tersebut memegang susur itu selama 20 saat sebelum salah seorang daripada empat pegawai polis yang tiba di tempat kejadian dan seorang jiran menariknya ke dalam.

Operasi menyelamat itu mengambil masa kurang seminit. Tiada sesiapa yang dihantar ke hospital menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura.  

Sumber : CNA/SMsm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan