Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis sedang siasat lelaki buat kacau di restoran Balestier Bak Kut Teh

Sebuah restoran sop popular yang terletak di 365 Balestier Road mengalami kerosakan harta benda apabila seorang pelanggan mencampak periuk tekanan dan membaling perkakas dapur dan kerusi.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis sedang siasat lelaki buat kacau di restoran Balestier Bak Kut Teh

Seorang lelaki yang buat kacau di restoran Bak Kut Teh. (Gambar: Petikan skrin dari video Facebook)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 11:43AM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 11:52AM

SINGAPURA: Sebuah restoran sop popular yang terletak di 365 Balestier Road mengalami kerosakan harta benda apabila seorang pelanggan mencampak periuk tekanan dan membaling perkakas dapur dan kerusi.

Insiden yang berlaku pada awal pagi semalam itu dirakam dalam bentuk video.

Polis menyatakan, pihaknya masih menyiasat tindakan yang terburu-buru itu.

Serpihan kaca dari periuk tersebut turut dilihat berderai di lantai.

Lelaki tersebut yang kelihatan dalam keadaan marah, meninggalkan restoran itu dengan tiga lelaki lain yang duduk bersamanya sebelum insiden itu.

Menurut catatan Facebook restoran Bak Kut Teh, keempat-empat lelaki kelihatan mabuk dan dilayan dengan serta merta oleh seorang kakitangan.

Setelah menu dan sudu garpu diletakkan di atas meja, lelaki-lelaki itu didakwa hilang sabar dan mula membuat kecoh.

Pihak restoran itu menyatakan, walaupun kerosakan yang bernilai sekurang-kurangya 5,000 dolar itu dapat dibaiki dan digantikan, kakitangannya berasa takut dan tersentak kerana diancam sedemikian rupa.

Sumber : Today/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan