Images
  • state court simulation
    Pasukan polis adakan simulasi serangan pengganas di Mahkamah Negara. (Gambar: SPF)

Polis adakan simulasi serangan pengganas di Mahkamah Negara

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) melakukan tindak balas dalam satu simulasi serangan pengganas di Mahkamah Negara dalam satu latihan hari ini (7 Dis).

Dalam kenyataan SPF, simulasi itu dilaporkan berlangsung pada waktu tengah hari. Simulasi dimulakan dengan dua lelaki bersenjata memasuki Mahkamah Negara yang kemudian mula melepaskan tembakan di depan orang ramai.

Para pegawai polis sokongan (APO) dan kakitangan Mahkamah Negara menangani situasi itu terlebih dahulu, dedah polis.

Para pegawai dari Pasukan Tindak Balas Kecemasan dan Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East melakukan tindak balas beberapa minit kemudian dan bekerjasama dengan APO dan kakitangan Mahkamah Negara untuk mencari dan menangkap "mereka yang bersenjata", tambahnya.

"Pasukan Polis Singapura menggesa semua pemilik premis untuk menyemak semula pelan tindak balas mereka dan mempersiapkan kakitangan mereka untuk menghadapi ancaman pengganas," demikian menurut SPF dalam kenyataannya.

Seorang jurucakap dari Mahkamah Negara berkata bahawa beliau percaya bahawa "penting untuk mempersiapkan kakitangan kami menghadapi ancaman pengganas".

Kerjasama Mahkamah Negara bersama SPF bagi latihan ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan para kakitangan selain menyelaraskan pelan keselamatan mahkamah, polis dan beberapa pihak berkepentingan lain, tambah jurucakap itu.  

- CNA/AQ/aq

Top