Images
  • pokok tumbang 14 11
    (Gambar: Loi Ling Ling).

Pokok tumbang di Geylang East Central jejas kelancaran lalu lintas

SINGAPURA: Sebatang pokok besar tumbang di Geylang East Central pagi tadi (14 Nov), menghalang trafik sepanjang jalan raya tersebut.

Cik Loi Ling Ling, yang mempunyai seorang anak yang menuntut di Sekolah Rendah Geylang Methodist, berkata sekolah itu memaklumkan semua ibu bapa pada sekitar 6.45 pagi tentang kejadian yang berlaku berdekatan sekolah itu.

Beliau juga ternampak pokok 'besar' sedang beliau menghantar anaknya ke sekolah pada sekitar jam 7.15 pagi. Gambar yang dipetik Cik Loi menunjukkan sekurang-kurangnya satu lorong di dihadang pokok itu, yang kelihatan seperti sudah tercabut sepenuhnya.

Pada jam 7.40 pagi, SBS Transit mengumumkan di Twitter bahawa ia sudah mengalih beberapa laluan perkhidmatan bas kerana beberapa jalan raya tidak dapat "dilalui" kerana pokok yang tumbang itu.

Pengendali pengangkutan awam itu kemudian memberitahu para penumpang bahawa perkhidmatan bas kembali beroperasi seperti biasa pada jam 9.22 pagi. Kebanyakan kawasan di Singapura dilanda hujan beserta guruh awal pagi tadi (14 Nov). Menurut ramalan jabatan kaji cuaca (MSS), hujan dijangka belarutan di banyak kawasan pagi ini. 

- CNA/AQ/aq

Top