Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Turki kunjung S'pura hingga lusa; lawatan rasmi pertama ke negara ini

Perdana Menteri Turki Binali Yıldırım kini berada di Singapura hingga Selasa (22 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Turki kunjung S'pura hingga lusa; lawatan rasmi pertama ke negara ini

Perdana Menteri Turki Binali Yıldırım . (Gambar: AFP / ADEM ALTAN)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 05:08PM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 05:16PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Turki Binali Yıldırım kini berada di Singapura hingga Selasa (22 Ogos).

Ini merupakan kunjungan rasminya yang pertama ke Singapura atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Sementara beliau di Singapura, beliau akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Singapura, Presiden Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau juga akan memberikan ceramah mengenai hubungan Singapura-Turki, yang akan dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Ekonomi dan Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam esok (21 Ogos).

Dalam agendanya juga, Perdana Menteri Yıldırım juga akan melawat Taman Bunga di mana bunga orked akan dinamakan sebagai penghormatan bagi beliau.

Beliau juga akan melawat Pulau Jurong dan kemudahan pelabuhan PSA.

Menurut Kementerian Ehwal Luar Negara, lawatan ini memperkukuhkan lagi hubungan dua hala Singapura dan Turki dan mengutuhkan lagi Kerjasama Strategik yang ditandatangani pada 2014.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan