Images
  • pm lee (2)
    Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. (Gambar: AFP)

PM Lee ucap tahniah kepada PM baru Perancis, Edouard Philippe

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutuskan surat kepada Perdana Menteri baru Perancis, Edouard Philippe, bagi mengucapkan tahniah atas pelantikannya.

Demikian menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar hari ini (18 Mei).

Dalam suratnya, PM Lee mengesahkan hubungan muhibah antara kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai bidang dari pertahanan dan keselamatan hingga pendidikan dan budaya.

Beliau juga berkata bahawa Pengesahan Bersama antara Perancis dan Singapura mengenai Perkongsian Strategik yang ditandatangani pada tahun 2012, mencerminkan kerjasama mereka yang luas dan kukuh.

PM Lee turut berasa yakin bahawa Pengesahan Bersama bagi Inovasi, yang dikeluarkan pada bulan Mac 2017, akan menggalak jalinan kerjasama dua hala yang lebih kukuh dalam sektor daya inovasi, seperti teknologi angkasa lepas, tenaga yang boleh diperbaharui, FinTech, jagaan kesihatan dan sains bioperubatan, huraian bandar bijak dan keselamatan siber.

Encik Lee menulis bahawa beliau juga mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan PM Philippe bagi mengukuhkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara dan warganya.

Beliau turut mengundang rakan sejawatannya itu bagi mengadakan lawatan ke Singapura.

Surat penuh Encik Lee kepada PM Perancis Edouard Philippe dilampirkan di bawah:

Dear Prime Minister Philippe,

Congratulations on your appointment as Prime Minister of the French Republic.

France and Singapore enjoy a close and mutually beneficial partnership that covers a broad range of areas from defence and security to education and culture. The France-Singapore Joint Declaration on Strategic Partnership, signed in 2012, reflects our broad and substantive cooperation. Bilateral trade and investment have grown steadily over the years. Singapore hosts 1,800 French enterprises, many of which are active in our key growth sectors and play an important role in Singapore's development.

I am confident that the Joint Declaration on Innovation, issued in March 2017, will foster greater bilateral cooperation in innovative sectors, such as space technology, renewable energies, FinTech, healthcare and biomedical sciences, smart urban solutions and cybersecurity.

I look forward to working closely with you to strengthen the friendship between our two countries and peoples. I welcome you to make a visit to Singapore. I wish you every success and hope to meet you soon.

Yours sincerely,

LEE HSIEN LOONG

His Excellency Edouard Philippe
Prime Minister
French Republic 

- BERITAMediacorp/im

Top
>