Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Tiada perlindungan kebal sama sekali dari ancaman pengganasan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura sentiasa berjaga-jaga, tetapi tiada satu pun bentuk perlindungan yang kebal sama sekali daripada ancaman pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 10:00PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 10:03PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura sentiasa berjaga-jaga, tetapi tiada satu pun bentuk perlindungan yang kebal sama sekali daripada ancaman pengganasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang serangan pengganas di London pada Rabu lalu (22 Mac).

"Tiada orang yang boleh kata ia tidak akan pernah terjadi di Singapura.

"Jika ia berlaku, saya berpendapat, kita perlu mempunyai kecekalan, ketabahan dan perpaduan untuk mengatakan sesuatu yang buruk sudah terjadi. Kita perlu cari tahu tentang latar belakangnya dan lakukan apa yang perlu kita lakukan. Dalam masa yang sama teruskan kehidupan kita dan esok merupakan satu lagi hari Singapura terus hidup," kata PM Lee. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan