Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee terima undangan Trump untuk lawat Rumah Putih

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima undangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengadakan lawatan ke Rumah Putih, menurut pemimpin Singapura itu pada Isnin (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee terima undangan Trump untuk lawat Rumah Putih

Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri) dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Xabryna Kek, AFP)

Diterbitkan : 01 May 2017 01:35PM Dikemas Kini : 01 May 2017 01:37PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima undangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengadakan lawatan ke Rumah Putih, menurut pemimpin Singapura itu pada Isnin (1 Mei).

Semasa berucap di Rapat Hari Buruh hari ini, di mana beliau menyentuh tentang hubungan Amerika dan Singapura, Encik Lee berkata beliau berharap dapat melakukan lawatan tersebut pada lewat tahun ini.

"Saya baru saja berbual di telefon dengan Presiden Trump malam semalam dan beliau mengundang saya ke Washington. Saya bersetuju dan berharap dapat melakukan demikian pada tahun ini," kata Encik Lee.

Pada malam Ahad, kedua-dua pemimpin itu menegaskan "hubungan kukuh" antara kedua-dua negara menerusi panggilan telefon Encik Trump kepada Encik Lee, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Ini adalah panggilan telefon kedua antara kedua-dua pemimpin itu, setelah Encik Lee mengucapkan tahniah kepada Encik Trump pada 2 Disember lalu atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden.

Rumah Putih dalam kenyataan media menyatakan bahawa kerjasama antara Amerika dan Singapura "semakin kukuh dengan perdagangan dan pelaburan yang berkembang maju, kerjasama keselamatan yang mantap, dan kerja rapat dalam mengharungi cabaran serantau dan global".

"Presiden Trump mengundang Perdana Menteri Lee ke Rumah Putih untuk mengukuhkan lagi hubungan," menurut kenyataan media tersebut. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan