Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee sertai perjumpaan Raya dengan 700 penduduk Ang Mo Kio, Sengkang West

Bahang sambutan Hari Raya masih dirasai di sana-sini, termasuk di kawasan timur laut Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2017 06:23PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 12:22AM

SINGAPURA: Bahang sambutan Hari Raya masih dirasai di sana-sini, termasuk di kawasan timur laut Singapura.

Sekitar 700 penduduk dari GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West berhimpun hari ini (16 Jul) dengan menggayakan pakaian tradisional masing-masing bagi menyambut lebaran bersama para penasihat akar umbi mereka termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Acara dimulakan dengan sesi mengacau dodol oleh PM Lee.

Semasa bercakap kepada para hadirin, PM Lee berkata acara-acara seperti ini membolehkan para penduduk dari pelbagai kaum dan agama untuk berhimpun dan beraya bersama sebagai sebuah masyarakat dan beliau berharap mereka dapat terus menyertai pelbagai kegiatan masyarakat yang diadakan.

PM Lee berkata: "Kami harap ia akan dapat mengukuhkan pertalian antara masyarakat serta mengukuhkan rasa memiliki, identiti, bahawa ini adalah rumah kita, kita akan bekerjasama, kita akan menikmatinya bersama, kita akan meluangkan masa bersama, dan kita akan menjadikan Singapura sebuah negara yang baik untuk kita semua, terutamanya bagi generasi seterusnya."  

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan