Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: S'pura perlu urus pertumbuhan penduduk dengan berhati-hati

Singapura perlu menguruskan penduduknya dengan teliti dan berhati-hati, sedang ia menangani kadar kelahiran yang rendah dan isu jumlah penduduk yang stabil.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee: S'pura perlu urus pertumbuhan penduduk dengan berhati-hati

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di satu majlis di mana seramai 150 penduduk dari GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West secara rasmi menjadi rakyat Singapura dan diberikan sijil kerakyatan mereka. (Gambar: Lee Li Ying)

Diterbitkan : 27 May 2017 12:46PM Dikemas Kini : 27 May 2017 02:22PM

SINGAPURA: Singapura perlu menguruskan penduduknya dengan teliti dan berhati-hati, sedang ia menangani kadar kelahiran yang rendah dan isu jumlah penduduk yang stabil.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian di satu majlis di mana seramai 150 penduduk dari GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West secara rasmi menjadi rakyat Singapura dan diberikan sijil kerakyatan mereka.

PM Lee turut mengucapkan tahniah kepada rakyat baru itu dan menggesa mereka supaya terus menyumbang kepada Singapura.

Beliau berkata dengan kadar jumlah kesuburan sekitar 1.3, Singapura masih jauh dari sasarannya. Sekitar 30,000 bayi rakyat Singapura dilahirkan setiap tahun, selain sekitar 20,000 warga asing yang menjadi rakyat baru Singapura setiap tahun.

Dengan sekitar 50,000 rakyat baru setiap tahun, Singapura 'hampir dapat mengekalkan jumlah penduduk yang stabil', tambah PM Lee.

Namun, angka bukan segala-galanya.

PM Lee berkata: “Kita harus menguruskan kemasukan warga asing dengan teliti dan berhati-hati sambil memastikan agar mereka yang datang ke sini boleh berintegrasi dengan masyarakat kita, memastikan mereka mempunyai keupayaan dan kemahiran untuk menyumbang kepada ekonomi negara serta memastikan mereka akan menjadi rakyat Singapura yang baik. Singapura adalah sebuah negara, bukan hanya sebuah bandar atau ekonomi semata-mata," tegas PM Lee.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan