Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Rakyat S’pura kecewa dengan insiden pengangkutan awam

Ada beberapa perkara yang boleh dipelajari daripada insiden-insiden berhubung MRT baru-baru ini dan puncanya perlu dikenal pasti sebelum dapat menangani permasalahan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 01:25PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:41PM

SINGAPURA: Ada beberapa perkara yang boleh dipelajari daripada insiden-insiden berhubung MRT baru-baru ini dan puncanya perlu dikenal pasti sebelum dapat menangani permasalahan ini.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian di Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diadakan di Big Box di Jurong hari ini (19 Nov).

"Kami sudah mencapai kemajuan, tetapi kami masih berdepan dengan beberapa kegagalan," kata PM Lee, merujuk kepada pertembungan kereta api di stesen Joo Koon yang menyebabkan 36 orang cedera selain insiden banjir dalam terowong antara stesen MRT Bishan dengan Braddell yang menyebabkan penangguhan selama sekitar 20 jam.

Orang ramai marah dan bimbang dengan adanya kejadian seperti ini dan ini "wajar", kata PM Lee.

Beliau berkata bahawa mempertingkatkan khidmat kereta api merupakan satu cabaran yang rumit, tetapi pertubuhan-pertubuhan perlu diperkukuh agar dapat mencatat prestasi tinggi dan tekal.

PM Lee berkata bahawa Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dan pasukannya di Kementerian Pengangkutan dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) "sangat kecewa dengan insiden-insiden yang berlaku baru-baru ini", iaitu perasaan sama yang dialami pengendali kereta api serta kakitangan mereka.

Meskipun usaha mempertingkat rangkaian khidmat kereta api membuahkan hasil, orang awam tidak mempunyai persepsi sedemikian, kata PM Lee. Salah satu faktor utama yang menyebabkan perkara ini adalah kejadian-kejadian besar yang sangat menjejas kepercayaan orang ramai.

Dalam ucapannya, PM Lee berkata bahawa Encik Khaw memegang salah satu jawatan yang sangat mencabar dalam kabinet: "Saya ingin Boon Wan dan pasukannya tahu bahawa mereka mendapat sokongan dan keyakinan kami sepenuhnya," kata PM Lee.

Ia akan mengambil masa untuk mempertingkat sistem kereta api, dan akan ada lebih banyak halangan untuk ditempuhi. "Perkara terbaik yang boleh kita lakukan sekarang ialah untuk memberi pasukan pengangkutan awam masa dan ruang untuk mengatasi masalah-masalah ini." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan