Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee, Presiden Trump sahkan 'hubungan kukuh' S'pura-AS menerusi panggilan telefon

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengesahkan "hubungan kukuh" antara kedua-dua negara menerusi panggilan telefon Encik Trump kepada Encik Lee pada Ahad (30 Apr), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee, Presiden Trump sahkan 'hubungan kukuh' S'pura-AS menerusi panggilan telefon

Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri) dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Xabryna Kek, AFP)

Diterbitkan : 01 May 2017 07:18AM Dikemas Kini : 01 May 2017 07:21AM

SINGAPURA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengesahkan "hubungan kukuh" antara kedua-dua negara menerusi panggilan telefon Encik Trump kepada Encik Lee pada Ahad (30 Apr), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam kenyataan media, MFA turut mendedahkan bahawa ini adalah perbualan telefon kedua antara kedua-dua pemimpin itu, setelah Encik Lee mengucapkan tahniah kepada Encik Trump pada 2 Disember tahun lalu atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Amerika.

"PM Lee dan Presiden Trump mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dan Amerika Syarikat. Mereka menyuarakan rasa puas hati bahawa para menteri dari kedua-dua negara saling bekerjasama dan mengalu-alukan pertemuan antara satu sama lain tidak lama lagi," menurut kementerian tersebut.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan