Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Perlu kerja keras demi mampankan pertumbuhan S'pura

Kerja keras diperlukan bagi memampankan pertumbuhan ekonomi Singapura di tengah-tengah ramalan yang bercampur-campur pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2017 06:27PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 09:39PM

SINGAPURA: Kerja keras diperlukan bagi memampankan pertumbuhan ekonomi Singapura di tengah-tengah ramalan yang bercampur-campur pada tahun ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam perutusan Hari Buruh beliau hari ini (30 Apr).

Encik Lee menarik perhatian bahawa walaupun bilangan keseluruhan pengambilan kerja Singapura berkembang, ia juga menyaksikan lebih banyak pemberhentian kerja, dan jumlah pengangguran "semakin meningkat".

Walaupun ekonomi Singapura tidak boleh mencatat antara 5-7 peratus, ia masih boleh mencapai pertumbuhan sebanyak 2-3 peratus dengan memperbaiki daya penghasilan, kata Encik Lee.

"2-3 peratus adalah paras pertumbuhan yang baik bagi peringkat pembangunan kami buat masa ini. Ini bermakna kami boleh terus mewujudkan pekerjaan baru dan memperbaiki kehidupan kita."

Encik Lee berkata Pemerintah akan menerajui dan memberi sokongan penuh kepada para majikan dan pekerja, tetapi ia perlu menjadi satu "usaha tiga pihak".

"Perniagaan-perniagaan kita mesti rela berubah, melaksanakan teknologi baru, menebarkan sayap ke luar negara dan memanfaatkan peluang-peluang yang ada," ujar Encik Lee.

Beliau menambah bahawa perhatian yang teliti juga akan diberikan kepada para karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) yang risau akan kehilangan pekerjaan.

Rapat Hari Buruh tahunan akan diadakan esok di Our Tampines Hub, di mana Encik Lee dijangka menyampaikan ucapan kepada para anggota gerakan buruh. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan