Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee lakukan lawatan 5 hari ke Washington DC

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Washington, DC dari 22 hingga 26 Oktober atas undangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menurut Kementerian Ehwar Luar (MFA) pagi tadi (12 Okt)

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2017 12:07PM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 09:40PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Washington, DC dari 22 hingga 26 Oktober atas undangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menurut Kementerian Ehwar Luar (MFA) pagi tadi (12 Okt).

"Selain Presiden Trump, PM Lee juga akan bertemu dengan para pegawai kanan pentadbiran Trump dan anggota-anggota Kongress," kata jurucakap MFA.

Encik Lee juga akan mengambil bahagian dalam satu dialog di Majlis Hubungan Luar Negera dan menyampaikan ucapan di Kelab Ekonomi Washington DC.

Sebelum ini, kedua-dua pemimpin itu bertemu di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin G20 di Hamburg, Jerman.

"Kami menjalin hubungan yang luas dan ia dijangka terus diperluaskan lagi," kata Presiden Trump di mesyuarat pada bulan Julai.

Lawatan PM Lee dijadual berlangsung sebelum Presiden Trump melakukan lawatan ke Asia pada awal November, di mana beliau dijangka mengunjungi Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam dan Filipina.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan