Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Kenaikan harga air sepatutnya dijelaskan lebih baik, tetapi ia "benar-benar perlu"

Kenaikan harga air sebanyak 30% adalah sesuatu yang "benar-benar perlu" kerana air adalah sumber yang "sukar didapati" dan "tidak murah untuk dihasilkan". 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee: Kenaikan harga air sepatutnya dijelaskan lebih baik, tetapi ia "benar-benar perlu"

Gambar fail air paip. (Gambar: Voishmel/AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2017 08:48PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 08:49PM

SINGAPURA: Kenaikan harga air sebanyak 30% adalah sesuatu yang "benar-benar perlu" kerana air adalah sumber yang "sukar didapati" dan "tidak murah untuk dihasilkan".

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian di perasmian Kolam Air Pang Sua yang sudah dinaik taraf.

PM Lee menarik perhatian pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa perbahasan Belanjawan bulan lepas "mencetuskan reaksi yang kuat dari rakyat Singapura."

Beliau mengakui bahawa pemerintah sepatutnya mengambil masa untuk menerangkan perkara itu terlebih dahulu.

Dengan itu, rakyat kata beliau tidak akan terkejut dengan pengumuman tersebut.

Namun PM Lee juga menekankan betapa berharganya air sebagai satu sumber.

PUB juga kata beliau sedang melabur dalam pelbagai prasarana seperti AirBaru dan loji penyulingan dan rawatan sisa.

Menurut PM Lee jika tarif air tidak mencukupi untuk membiayai semua ini, PUB masih perlu membinanya dan kita masih perlu membayarnya.

Dan adalah lebih adil kata PM Lee untuk membayarnya menerusi tarif air dan bukan cukai.

Tambah Encik Lee, sedang ekonomi berkembang, negara perlu lebih banyak air.

Perubahan iklim juga akan menyebabkan bekalan air tidak menentu.

Dengan jumlah penduduk negeri Johor terus meningkat, ini bermakna sumber air akan menjadi semakin tertekan.

Singapura mendapatkan separuh daripada bekalan airnya dari Kolam Air Linggui.

Dan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, paras airnya mencecah rekod terendah.

PM Lee memberi amaran jika air menjadi suatu kelemahan bagi Singapura, Singapura akan mempunyai "masalah yang sangat serius".  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan